fbpx

5 Rahsia Anda Perlu Tahu: Ayam Daging vs Ayam Kampung Organik

Kami mendapati followers KL kami menanyakan soalan seperti “mengapa makanan ringan teruk untuk kesihatan?”, “apakah makanan paling teruk untuk kesihatan”, dan “makanan untuk kesihatan wanita” dan ini memberitahu kami bahawa anda memang sedang merancang diet sihat anda tersendiri!

Sebelum itu, mari kita mundur selangkah dan lihat apakah makanan yang majoriti kita orang Malaysia akan memakan setiap hari — ayam.

Nasi ayam geprek, ayam tandoori, ayam goreng sambal, semua ini ada satu persamaan — semuanya bunyi sedap habis! Tetapi, ada sisi gelap dalam industri penternakan industrial yang mengeluarkan ayam-ayam ini untuk kita makan setiap hari (juga dikenali sebagai ayam bandar, ayam daging, atau broiler chicken) dan ini adalah 5 sebab kenapa anda perlu tukar ke ayam kampung organik (free range), terutamanya jika anda menetap di Kuala Lumpur, Selangor, atau Putrajaya.

[GAMBARAN SENSITIF]

Ayam bandar (broiler) dengan kehilangan bulu dan kerengsaan kulit teruk akibat pembentukan ammonia dalam kandang mereka. Daripada CIWF.

Seperti yang dibongkari oleh CIWF dalam operasi samaran mereka, kandang ayam daging adalah sama sekali tidak berperikemanusiaan. Secara menyeluruhnya, kandang-kandang tersebut tidak mendapat punca cahaya matahari, dan tidak mempunyai apa-apa di dalam selain daripada punca air dan makanan. Ayam broiler tersebut makan, hidup, dan tidur atas najis mereka seumur hidup. Ini akan mencemari udara kandang tersebut dengan ammonia yang akan merosakkan paru-paru ayam dan melecurkan dada dan kaki ayam yang amat menyakitkan.

Dapatkan ayam diternak secara beretika (ayam kampung organik) dihantar ke anda jika anda berada di kawasan Lembah Klang.

Kesesakan di dalam isolasi, hub yang sempurna untuk penyakit. Daripada CIWF.

Sepertimana yang kita semua tahu daripada COVID-19 dan lockdown seluruh negara yang seakan-akan tidak akan habis (PKP/MCO), berada dalam keadaan isolasi boleh buat anda naik gila. Bayangkan anda dalam isolasi seumur hidup dan hanya mempunyai ruang peribadi lagi kecil daripada sekeping kertas A4! Penternakan industrial telah membawa kepada ayam-ayam bandar ini untuk mematuk satu sama lain akibat stres dan juga membuka peluang kepada jangkitan kuman (ini juga bermakna lebih banyak kemungkinan untuk kita makan daging berpenyakit tersebut…)

Pilih penternak berskala kecil di sekitar Selangor untuk ayam kampung organik sambil membantu ekonomi lokal kita.

Alat penangkap boleh menangkap sekitar 9,000 ayam setiap jam sambil mematahkan tulang & menyebabkan kecederaan. Daripada CIWF.

Cara penangkapan, pengendalian, dan penyembelihan ayam bandar berteraskan industrial dan tidak berperikemanusiaan menyebabkan tekanan yang tinggi kepada ayam dan juga kematian yang tinggi sebelum mereka sempat disembelih. Ayam juga merasa kesakitan dan mempunyai perasaan, dan mereka sekurang-kurangnya patut hidup dan disembelih dengan hormat.

Pilih kasih sayang, pilih kemanusiaan bagi daging yang anda makan. Beli ayam kampung organik beretika dari kawasan KL, Selangor, dan Putrajaya.

Kenaikan hampir 5x ganda dalam berat daripada zaman sebelum penternakan intensif. Daripada University of Alberta Meat Control.

Ayam broiler makin kerap dikaji untuk membesarkan mereka lebih daripada had semula jadi semenjak beberapa dekad yang lalu, mencapai berat penyembelihan seawal umur 28 hari! Ayam mencapai berat penyembelihan tidak semestinya bermaksud ia sudah cukup matang dari segi umur untuk disembelih. Pendorongan untuk pembesaran pantas bagi ayam daging ini memang telah menyebabkan ayam-ayam tersebut mengumpul kuantiti lemak yang tidak sihat dan mengurangkan nutrisi dan kualiti daging, yang sama sekali tidak baik untuk kita.

Dapatkan nutrisi yang setimpal dengan apa yang anda bayar dengan bertukar ke ayam kampung organik.

Ayam bandar cacat dalam kesakitan. Gambar oleh Animal Liberation NSW daripada kajian samaran mereka di sebuah Ladang Red Lea Broiler di NSW pada Oktober 2012.

Oleh kerana ayam bandar diternak untuk membesar dengan kadar yang laju secara tidak normal, mereka tidak boleh menampung berat badan sendiri dan gejala-gejala yang kerap melanda ayam daging masa kini termasuklah kecacatan, lumpuh, dan juga kematian daripada lemah jantung. Kandungan nutrisi dalam ayam daging yang terlalu besar ini juga sangatlah sedikit, maka kami mungkin akan berasa sangat kenyang selepas memakan ayam daging, akan tetapi ianya masih dikategorikan sebagai junk food dan hanya memberikan lemak dan pelbagai masalah kepada diri kita (eg: obesiti)

Kuasakan perjalanan fitness anda dengan ayam kampung organik agar anda boleh memberi badan anda nutrisi yang ia memerlukan dengan secukupnya.

Mengambil tanggungjawab ke atas kesihatan anda amatlah penting, terutama sekali apabila anda mahu mengekalkan kemudaan anda untuk memastikan anda hidup gembira dan berumur dengan baik. Hal ini lagi patut ditekankan kerana kadar obesiti di Malaysia makin meningkat dengan cepat dan obesiti kanak-kanak dan yang terlalu obes menjadi mangsa. Obesiti berkatian dengan type 2 diabetes mellitus (kencing manis), unstable angina maksud sakit jantung, dan juga keperluan angiogram jantung.

Terdapat banyak faktor obesiti dan gaya pemakanan adalah faktor terbesar, dan inilah sebabnya mengapa ramai orang sekarang sudah bertukar kepada ayam kampung atau ayam bebas organik, sekaligus dengan manfaat penternakan gaya beretika. Kami di Boys & Chicks sentiasa berusaha untuk menjadikan gaya pemakanan sihat satu perkara yang mudah, sedap, dan juga seronok untuk dilakukan oleh anda dan kami akan memastikan anda menerima ayam sihat & gembira berkualiti tinggi di Lembah Klang. Kami juga bekerjasama dengan brand lokal dalam usaha kami untuk membesarkan komuniti lokal #GrowLokal

Jika anda di Kuala Lumpur, Selangor, atau Putrajaya, dapatkan ayam kampung / ayam bandar dihantar terus ke anda dengan meletakkan order di sini atau melayari Shopee atau Instagram kami. Follow Facebook page & Twitter kami untuk makluman baru. Jika anda berminat untuk menjual produk kami, daftar untuk menjadi ejen!

Leave a Reply